Friday, 28 January 2022

BIRTHDAY BOY FRIEND FOREVER!!

ALHAMDULILLAH
Diberi kesempatan sambut hari jadi anak kedua saya, Annas Shafee yang ke 2 tahun. Terima kasih sangat pada kakak saya dan abang ipar yang sponsor kek dan semua makanan utk hari lahir Annas kalini. Semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik kepada mereka sekeluarga. 

Kebetulan ada di rumah kakak masa ni. Sebelum ni sambut hari jadi si kakak, Azeema di sini, kalini si adik pula. 😊😊

Apa-apa pun mama doakan Annas jadi anak yang baik, soleh, berjaya, bijak, sihat dan dapat memberi manfaat kepada orang lain. Aamiin aamiin aamiinn yra


Comel ja si kakak dan adik


Kakak dan adik tiup lilin sama-sama tapi sebenarnya si kakak yg tiup (padamkan) hahahaπŸ˜…πŸ˜…


Si kakak ajar adik cara tiup lilin 😍😘


Nak potong kek kena berebut dgn boypren ni πŸ˜† Begambar dgn nenekπŸ’“


Nak buat love pun tak jadi haha


Annas dan kakak buat peace 😘


Adik bagi kakak gula2 dan makanan kat depan dia tu😘😍


Kek Birthday Annas, comel sangat sbb ada nama Annas dan umur dia 😘😍(mungkin mama dia sorang je yg rasa, sbb mak dia kan) hahah

 Simpan di sini, untuk kenangan dgn boypren my girlpren πŸ’œπŸ’—

Friday, 21 January 2022

BUAH HATI BETA!! MY PRINCESS AZEEMA DAN MY PRINCE ANNAS { MY ENDLESS LOVE }


Assalammualaikum readers...
Selamat malam.. Alhamdulillah.. Saya nak simpan di sini gambar dan memori 'the other half of me', anak-anak saya, Azeema dan Annas Shafee 😘😘😘

Masa gambar ni diambil, masing-masing berumur 5 tahun 2 bulan dan 1 tahun 11 bulan.  Masa ni bawa anak-anak jalan-jalan di Kundasang, Sabah, rumah kakak saya pada hujung tahun 2021. Syukur Alhamdulillah atas kesempatan bawa anak2 jalan2 walaupun tak banyak tempat pergi, tapi asalkan anak2 suka dan gembira pun sudah cukup. Terima kasih kepada kakak-kakak dan abang yang bawa jalan2 masa tu. 

Simpan memori tu di sini. mungkin anak2 akan terbaca suatu hari nanti, semoga diorang sentiasa tahu yg mama diorang sayang sangat-sangat pd anak-anak mama πŸ’“πŸ’“

Kakak (Azeema) masa ni sudah pandai jaga barang dia sendiri lebih dr cara mama dia jaga, sudah pandai berhias (bersiap-siap) sendiri, banyak bertanya dan sudah banyak faham perkara2. Pandai jaga adik dan tolong mama buat kerja, malah lagi rajin dr mama dia.. sbb dia suka lipat kain, mama dia kurang sikitπŸ˜‚πŸ˜‚.. Taapi masa ni dia tengah "cemburu" dgn adik dia (Annas), contoh kalau saya cium adik dia, dia pun nak juga dicium masa tu, masa mama dia layan adik dia main2, dia pun nak juga mama dia layan dia main2 macam si adik.. macam2 kan.. ada masa hilang sabar juga nak layan kadang2.. tapi sebenarnya sayang tu sama saja pun, tetap sayangggg sangat kat kakak sama macam adik pun... Bulan Mac tahun ni 2022 kakak dah nak sekolah 6 tahun sudah. Semoga panjang umur yang berkat, sihat sentiasa dan  menjadi anak yang baik, bijak solehah dan berjaya di dunia dan akhirat kakak sayangg.. aamiin aamiinn aamiinn..😘😘😘

Si adik pula (Annas) masa ni sudah pandai bawak mama dia jalan2.. Mintak mama dia buat makanan, minta minum dan, mintak ambikkan mainan... tapi dengan signal2 body language dan bunyi 'mama mama' saja sebabnya... dia belum pandai bercakap lagiii.. hahahaha.. Adik2.. bunyi 'eh ehh ehh em em' saja sambil tangan tunjuk apa yg dia nak.. Kalau orang boleh faham tu faham laaa.. hahaha. Tak pa adik, biar lambat bercakap asal selamat. hahaha. Tapi adik ni pun bijak sangat.. Dia faham arahan dan ikut arahan juga. Kalau nak atau betul dia angguk kalau tak nak atau bukan dia geleng. Berfikir pun pandai. Kalau pakai selipar tu tahu sangat juga mana kiri dan kanan tak pakai salah pun. Kira bijak juga la kan anak mama ni. Membesar dengan bijak ya anak mama. 25 hb Januari ni genaplah anak mama lelaki seorang ni 2 tahun. Semoga panjang umur yang berkat, sihat kuat sentiasa, bijak pandai, jadi anak soleh dan berjaya di dunia dan akhirat anakku... aamiinn aamiin aamiinn...😘😘😘

Masa ni umur mama diorang pun sudah 35 tahun.. Tolong doakan saya semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik dan diberikan peluang oleh yang Esa utk membesarkan anak2 dan melihat mereka berjaya di dunia dan InsyaAllah di akhirat nanti.. Dan tetap tabah dan kuat menempuh ujian hidup.. aamiinn aamiinn aamiinnn.... Doa yg sama untuk readers yang membaca tulisan saya kalini.. aamiinn aamiinn aamiinn yra..

Oklah korang... sampai sini saja dulu post saya malam ni... nak sambung buat marketing Whitekish pula.. mudah-mudahan ada rezeki sales menderu-deru.. aamiinn.. Selamat malam, jumpa lagi next entry..... πŸ’–






 

Saturday, 24 January 2015

HATI SEORANG IBU

Assalammualaikum..

Slmt berhujung mnggu semua. Sambil2 tunggu kakak sy dan kluarga dia sampai, ambik ruang post sikit.hehe. Sy lihat mak begitu tak sabar mnunggu kedatangan mereka. Sambil tunggu tu, mak kemas sikit2 apa yg patut, biar cantik di pandangan anak2nya yg akn sampai sekejap lg.. (mood ayat agak sastera sikit, sbb hati jiwang kan hehe). Nampak dari raut wajahnya, gmbira hatinya.. itulah hati seorang ibu. Lama tak jumpa kan.. Walaupun anak2nya dah besar, berkeluarga.. tp di hati ibu, anak2 la yg mnjadi pnghibur hatinya. Penghibur hatinya di kala anak masih bayi sampai la anak nya dewasa. Apa lg di saat usia yg semakin senja...

Sebenarnya.. zaman kini, teknologi maju dan sebagainya, ada ibu bapa yg tak tahu langsung dgn hiburan lain selain anak dan cucu2nya.. maklumlah, zaman berbeza dr zaman dulu.. hehe dulu main tengteng, batu seremban, masak.. skrg ni, game belambak.. ipad, hp?? Tak payah cakap lah.. main game sampai tak ingat dunia punya best kan. Hehe. Tambah lg facebook, instagram, twitter... Wahh, boring lg ke anak2... Tapi.... Ibu bapa kita yg dah tua tu?? Nak berhibur dgn apa?? Kita jgn lupa ye... Hihi.

Sy sampai skrg pun masih jd anak manja.huhu. hrap2 dpt jd anak yg solehah. Begitu jgk dgn anda anda anda semua.. aamiiinnn :)

P/s: hargailah ibu bapa selagi masih ada. Kalau dorang dah tak ada, kita tak ada lg peluang membalas jasa dorang. Lagipun dorang bkn nak jasa dibalas pun, cukup sekadar kasih sayang dan perhatian. (Dapat balas ke jasa dorang besarkn kita masa kecil, melahirkan, menyusukan, pengorbanan dorang masa kita kecil?hehe).. Dan bg yg dah tak ada ibu bapa tu, doakan dan sedekahlah utk mereka di sana.

Nak g masak jap.hehe. assalammualaikum

NAK JADI ANAK SOLEHAH

Assalammualaikum, slmt mlm guys.. alhamdulillah, masih bernafas lg. Jadi, sy masih ada peluang kan utk berubah. Ada masa utk memohon keampunan, bertaubat. Tp, selagi bernafas ni jgk kita xkn dpt bebas dr buat salah n dosa berulang kali.

Hehe intro 2015 yg agak sadis. Tajuk entry ni ttg anak solehah. kalo diingat balik, slma 27 tahun 5 bln sy hidup ni, xtau berjuta dosa pd mak bapak sy. Ya Allah. dan sy bersyukur atas peluang yg Allah beri pd sy shingga skrg sy masih bernafas n diberi peluang utk mohon ampun pd mak bapak, jaga mereka, teman mrka di masa tua n sakit. Walaupun pd realitinya, amat sulit bg sy. Tp hikmahnya, sgt manis pd sy sbnarnya.

Slma ni sy berdoa kpd Allah agar mnjdi ank yg solehah. Rupanya, dlm x sedar, Allah dah makbulkan doa sy tu. Cuma sy blm dpt 100% gelaran tu. Tp InsyaAllah sy akn cuba n akn sllu muhasabah blik smua kesulitan yg sy hadapi sbgai 1 hikmah yg manis.

Sy ada terbaca kisah ank solehah dlm blog sseorg, kisah ank pmpuan yg x nk kahwin utk berbakti kpd org tuanya y sakit n buta. Bkn mksudnya x nak kawen tu "x nak" tau. hihi. Tp dia lebih mengutamakan apa yg ada di depan matanya, berbanding suami@ bakal suami utk msa hdapannya. Dr situ, alhamdulillah sy dpt sikit inspirasi. Begitu jgk utk kamu smua ya. smga kita dpt jd ank yg solehah. Aamiinn. :)

Sorry guys, xdpt share bnyk, btry dah low. hehe. Jumpa lg next post okehh.. assalammualaikum. :)

Monday, 3 June 2013

Konvokesyen Usahawan Muslim



Assalammualaikum

Bila cakap pasal keusahawanan mesti saya berminat untuk join, terjumpa pula benda ni. :)


Siapa-siapa yang berminat, untuk mendaftar, boleh klik Sini :)

Wednesday, 24 April 2013

Segmen Topup 24 Jam by Emas Putih Part #2

Assalamualaikum,

Terjumpa Segmen ni di blog Eraz Fadli, then mau cuba join sekali ya... hihi. Segmen ini dibuat oleh rakan blogger kita, Emas Putih, yg aktif buat segmen di blog... :).. TQ dear, hihih

Untuk join just klik banner di bawah ini ok.. :))



Segmen ini sangat simple, dan of course kalau ada rezeki dapat menang Topup.... hihii


....... Jom try sama-sama...., Semoga berjaya ukhti, akhi...

Tuesday, 23 April 2013

Usrah Fitrah Dan Hikmah Kepada Artis Malaysia




Assalamualaikum,

Alhamdulillah, ramai sudah antara artis Malaysia kita yg sudah berhijab. Ini boleh memberi satu role model kepada para peminat agar turut mendalami Islam.  Kelas atau Usrah banyak memberi ilmu agama yg dapat memberi kefahaman yg lebih tentang keindahan Islam. 

Usrah Fitrah adalah salah satu Usrah yg banyak disretai oleh artis Malaysia dalam proses mendalami Islam.

Antara tenaga pengajar Usrah Fitrah adalah Ustaz Rusydi Ramli Al Jauhari, Ustaz Shahrizan Daud At Turabi, Ustaz Ghazali Ibrahim, Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang Al Idurs, En Amin Idris, Tuan Fazrul, Ustaz Zul Ramli dan Ustaz Halim Hafiz.

Antara artis-artis yang aktif dalam kumpulan Usrah ini adalah Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Heliza Helmi, Diana Amir, Noryn Aziz, Farah Asyikin, Siti Nordiana, Iqram Dinzly, Zoey Rahman, Salima AF, Enot, Teh Syuhada dan ramai lagi.






Sumber : Usrah Fitrah